top of page

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang cakna dengan isu kemasyarakatan semasa, kami di Persatuan Saf Amal Al Hasani Malaysia giat menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat samada dalam negara dan juga luar negara. Terdapat 3 pecahan aktiviti utama yang telah dijalankan dan juga telah dirancang seperti berikut :

1) Aktiviti Khidmat Masyarakat

WhatsApp%20Image%202021-01-17%20at%2016.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang bermatlamat untuk memberikan manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat, aktiviti khidmat masyarakat menjadi teras utama untuk Persatuan Saf Amal Al Hasani Malaysia. Antara aktiviti khidmat masyarakat yang telah dijalankan oleh pihak pertubuhan adalah seperti bantuan banjir dan bencana, bantuan keperluan untuk asnaf miskin dan banyak lagi

2) Aktiviti Pendidikan

WhatsApp%252520Image%2525202021-01-17%25

Persatuan Saf Amal Al Hasani Malaysia juga turut peka dengan keperluan masyarakat setempat dalam bidang pendidikan. Antara projek yang telah dan akan dilaksanakan bagi tujuan ini ialah pembangunan Madrasah As-Salahiyyah Bukit Nyamuk (Kedah), Pusat Pendidikan Rohingya Kampung Mata Air (Kedah), dan Madrasah Tahfiz Kampung Ambel (Kemboja)

3) Aktiviti Ibadah Korban

WhatsApp%20Image%202021-01-17%20at%2012.

Bagi memenuhi keperluan pihak memerlukan, pihak persatuan turut mengendalikan program ibadah korban di beberapa buah negara minoriti Muslim antaranya Kemboja, Thailand dan Vietnam. Program ini menyasarkan penyertaan golongan orang susah dan asnaf di kawasan perkampungan Muslim dalam negara-negara tersebut.

AKTIVITI

bottom of page